July 11, 2014

title-less

salam 13 ramadhan.. 

lamanya aku tggu saat-saat free macam ni. masa-masa dimana aku boleh online sesuka suki hatiku tanpa aku perlu risau, perlu fikirkan assignments, report, lab, dan blaaa3... syukur dah lepas semua. lama sungguh aku tak rasa eh ana buatla suka hati kau terpacak depan laptop 7 hari 7 malam pun takpa, biar tinggi melambung bil elektrik rumah kak dayang ni. hahahahah.. last time la rasa free macam ni lepas SPM yang konon kononnya kau sudah free lah kan. no more school.. kononnya kau rasa paling dewasa lah suda situ. kah! lama juga aku tak jenguk dashboard.. biasa baca2 blog orang malas mau login. kiranya jd silent reader la.. aka stalker. hehe.. ni bila dah buka ni ada blogger2 yang aku follow yang dulunya single tiba2 sekarang sudah jadi mak budak. cepatnya masa berlalu.. kan..


alang alang dah aku free, dtglah mood aku mau bercerita ni pulak. haa entri ni bakal menjawab persoalan uolss selama ini. mcm jak ba ada orang mau tau hahaha.. org selalu tnya aku weh kau bila mau grad? belum hbis lg? buat apa skrg? mari sini aku jawab skrg.. haha.. nak dijadikan cerita,,,, eceli kan kalau ikut kos aku ni 3 tahun jak pun tapi menjadi 4 tahun bila aku pindah U. yee aku masuk U tahun 2010 so sepatutnya 2013 aku dah grad kan? tp tak grad2 lagi hihih.. sepatutnya azalinya aku ni produk UKM. tapi dengan tidak semena-menanya aku rasa takda chemistry sgt dgn UKM, so aku tukar U masuk UMS. aku pindah masa second year second sem, keputusan yang agak gila lah jugak sebab alang alang sudah kan. tinggal setahun setengah. tapi yeala,, kalau kau tak suka, tak biasa, susah mau terima benda tu kan? so walaupun mcm2 nasihat dtg, aku pindah jugakla weh. tgkla keras2 kepala mau jgk pindah. akhirnya ikut sistem, aku akan grad tahun 2015. lama lagi kan? ramai jugak org balik balik pertikaikan keputusan aku pindah U. lagi lagi bila aku kena extend sampai 5 tahun yang dari 3 tahun tu. boleh jadi doktor dah tu kan klu dah 5 tahun. hahaha.. 


sekarang dah masuk 2 tahun lebih aku study di UMS. Kiranya sekarang ni aku tgh tggu masuk sem 6 lah kan. final semester.. skg ni aku tgh buat LI. Tengah praktikal. my last thing to do here before i enter next chapter in my life. sebelum tu, aku nak jugak lah cerita betapa buzynya aku sebelum LI ni dengan thesis. serius naik gila ohh buat. result tak valid, machine rosak, sample rosak, barang tak cukup, lab orang pakai, berebut machine, dan segala galanya masalah yang datang menimpa kau dalam masa yang sama. masa tu kau rasa macam mau jadi hulk. tapi kalau aku mmg tak akan keluar la hulk tu. over jak sana cakap mau jadi hulk hahahah.. bulan Jun, last month la tu kan, final draft submission untuk thesis. kalau kau student kau akan faham punya lah.. benda kalau selagi tak ada due date, mmg ndak akan bergerak punya lah. kan? jgn tipu. dalam masa tu jugak la kadang2 mmg tak cukup tidur.. dan ada masa masanya bila mula dapat tamparan hidayah, mula sedar diri benda tu kena siapkan cepat, baru kau tak kenal erti siang dan malam. siang malam terpacak depan data yang berlambak yg menunggu untuk diselesaikan. ada masanya, terpaksa buat kerja d Fac. ha sebab? klu dalam bilik mmg tido jak la jawabnya kau lagi2 bila katil tu di sebelah jak kan. 


cik Rin, classmate aku, li-mate aku. eh boleh ka cmtu? haha


tq to my dear  soulmate Syazwan always by my side,, walaupun kadang2 bikin panas la jugak. masa ni muka basi habis

bila kau buat keputusan yang drastik, kau kena fikir apa kesannya pd masa akan datang. bila aku buat kputusan pindah U, aku sedia lah konon knonnya angkat banyak subjek, maklumlah semangat kan awal2 tu, lagipun aku dengan terlebih yakinnya UMS akan bagi aku transfer kredit subjek2 yg aku sudah ambil msa dekat UKM. ternyataaaa.. tidak semua subjek diluluskan oleh BPA UMS. dlm 5 subjek jak hokeyy.. 5. masa tu aku dah terfikir dah habislah brapa lama mau cover semua subjek2 di UMS ni. pasrah dengan nasib,, aku terima jak lah kan keputusan muktamad UMS yg hnya luluskan 5 subjek dari 11 subjek yang aku request. memang !@#$%^&*()(*&^%$#@#$%^&* dalam hati masa tu. lepas tu, setiap semester aku ambil banyak subjek. kdg2 smpai 10 subjek pun pernah. banyak subjek, sampai aku selalu lupa harini kelas apa, esok kelas apa. pening sendiri dibuatnya.. nasib aku agak baiklah jugak sebab ketua program sentiasa bagi green light bila aku request untuk tambah subjek. bila banyak subjek, masa kelas pun ada yang clash. masa tu lah kau jadi ninja sekejap di kelas itu, skejap lg di kelas ini. semuanya semata2 untuk mencoret tandatangan mu yang kononnya berharga di helaian kehadiran. itu belum masuk dengan kelas malam. fuh exhausted beb belum masuk lab dan tugasan2 lain. haha.. dalam masa yang sama, bila aku insist ambik banyak subjek, ada juga kawan yg cakap jangan ambil banyak subjek. slow slow. hmm menyirap jugakla aku masa tu sebab aku rasa dia jatuhkan semangat aku.. over plak kan sensentap pdhl org tu niat baik jak hihihih.. 


alhamdulillah, dengan berkat kegigihan serta kedegilan, sem ni final semester aku. :) insyaallah grad tahun ni. aminnn aminnnn.. mudah mudahan takda yang sangkut.. setahun awal dari yang sepatutnya. so sesapa yang rasa gatal betul hati mau pindah U tu, fikir masak masak. hidup memang akan jadi hectic terutamanya yang mcam kes aku lah. pindah pertengahan pengajian sudah. but welll,, semua yg terjadi ada hikmahnya.. penat2 study pun aku hepi dekat sini dengan kawan2.. :)

Right after submission. imma happy girl :)


candid yang terancang ;P






1 comment:

Lieya91 said...

tahniah cek kak!